Bertanya Allah Dulu

Pengenalan

Catatan ini mengandungi ringkasan dari ebook bertajuk ‘ BAD ‘ version 2 dari pengarang muda bernama Insyirah Azhar. BAD ini singkatan untuk ‘Bertanya Allah Dulu’.  Konsep amalan BAD ini dikatakan selari dengan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu berserah dan berusaha. Segala perbuatan hambaAllah perlu bermula-, berjalan- dan tamat dengan perkaitannya dengan Allah. Jadi mesti peka dengan bagaimana Allah memberi anugerah dan pertolonganNYA. Insyirah telah juga mengeluarkan ‘BAD’ version 3. Pengisiannya lebih detail berbanding version 2 ini.

JOM Praktikkan “Bertanya Allah Dulu”

Aku berminat mempraktikkan TUJUH teknik ‘Bertanya Allah Dulu’, semoga Allah permudahkan :

1. Mengakui kelemahan diri

Langkah pertama ini, mengingatkan aku yang aku ini mampu dan kuat mengharungi segala dugaan hanya semata-mata kerana Allah Azawajalla. Segala-galanya milik Allah termasuklah diriku insan yang kerdil ini. Untuk lakukan ini aku perlu buang ego dalam diri apabila meminta dengan Allah.

2. Menyedari kekuasaan Allah

Penciptaan aku ini hanya insan kerdil berbanding dengan betapa mega besarnyalah penciptaan alam semesta yang Allah Maha Pencipta. Selain daripada kekerdilan kejadian insan, aku juga perlu ingat bahawa permasalahan yang aku alami tidak terbanding kecilnya dengan masalah dalam alam cerakawala sana.

3. Gunakan kekuatan dalaman, Jangan guna otak!

Keberkesanan teknik BAD ini tertakluk kepada  100% keyakinan hatiku pada Allah Azawajalla. Tawakkulku yang tinggi pada Allah adalah syarat wajib strategy Bertanya Allah Dulu ada.  Penggunaan logik akal/otak di larang sama sekali, kerana ini melemahkan keyakinan hatiku kepada Allah.

4. Allah itu Tuhan, Senantiasalah berbicara denganNYA

Allah mestilah tempat pertama aku memohon pertolongan. Wajib. Kalau tidak aku syirik apabila memohon pertolongan pada selain Allah. Caranya dengan berdialoglah dengan Allah Maha Penciptaku setiap masa. Aku boleh berdialog dengan Maha Penciptaku secara formal dan tidak formal.

Kaedah formal adalah berdoa selepas solat. Dikala mengadap kiblat, aku menadah tangan menitip doa atau berdialog dengan  Allah dengan hati yang merendah diri dan suara yang lembut.

Berdialog secara tidak formal pula adalah berdialog dengan Allah di luar solat. Boleh dilakukan bila-bila masa, di mana sahaja dan membuat keputusan apa sahaja, dari sekecil-kecilnya hinggalah ke keputusan yang besar-besar. Yang pasti keseluruhan tindakan aku pada keseluruhan hari ku itu mesti bersama Allah.

Bagi kedua-dua kaedah berdialog perlu mematuhi beberapa adap. Pertamanya, hatiku merendah diri dan suaraku mesti lembut. Keduanya, mestilah mulakan dan menutup doa dengan memuji Allah dan selawat.Ketiganya, keyakinan atau kekuatan dalaman mestilah tinggi.

Apakah itu kekuatan dalaman? Kekuatan dalam adalah keyakinan secara total atau 100% disandarkan urusan segalanya pada Allah Azawajalla. Dengan kemantapan kekuatan dalaman hasilnya lebih tepat, cepat dan menjangkui batasan akal dan pemikiran, InsyaAllah. Aku perasan element ini adalah huraian seperti langkah #3 diatas.

Dalam ebook B.A.D. Insyarah Azhar mengariskan langkah ini sebagai “Anggap Allah sebagai sahabat”. Tapi aku merasa malu pada Allah dan berat hati untuk menggunakan nama strategi itu dengan nama ini, jadi ku adaptasikan kepada “Allah itu Tuhan, Senantiasalah berbicara denganNYA”. Perincian langkah ini sama seperti mana digariskan oleh Insyarah Azhar.

5. Jangan terlalu scripted, tapi perlu spesifik

Allah itu Maha Pendengar dan Maha Pemakbul Doa, lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Jadi maksud strategi ini, luahkan permintaaku segalanya kepada Allah. Bukankah Allah itulah pemberi rezky kepada semua makhluk melata penciptaannya samada di langit, di perantaan dan di bumi? Tidak kira apa sahaja yang aku mahu. Tapi satu syarat yang ketat, mesti memohon dengan spesifik.

6. Jangan buat depan manusia

Ketika aku dikhalayak ramai, berdialog dengan Allah dalam hatiku sahaja. Insyarah berpesan begini supaya manusia disekitar kita tidak menuduh kita gila berdialog keseorangan! Jadi aku boleh teruskan berdialog dengan memohon dengan Allah, jangan berhenti ya!

7. Kenali anugerah Allah

Janji Allah benar dan pasti Allah menepatiNYA. Cuma janji itu ditepati berkemungkinan dalam bentuk tidak sepertimana pemikiran terhad hambaAllah seperti aku. Jadi dalam terus berdialog, aku juga perlu kenal bentuk anugerah Allah. Ini memastikan supaya aku senantiasa dalam keyakinan bahawasanya Allah Maha  Pemurah dan Maha Penganugerah. Pertolongan atau anugerah Allah dalam pelbagai bentuk, hati mata hati yang celik sahaja akan diberi rezky untuk kenal dan bersyukur atas nikmat ini. Kadang-kadang sebagai insan kerdil, aku ini lalai dan hati buta, jadi Allah hijabkan mataku dari kenal anugerahnya. Untuk mengelakkan ini terjadi, tanya Allah supaya diberi petunjuk untuk kenali anugerah Allah. Aku perlu lakukannya berulang-ulang kali dan yakin bahawa Allah akan beri petunjuk itu.

 

Kesimpulan

Kehidupanku bermula dengan Allah. Wajib. Segalanya mungkin apabila aku mengutamakan Allah dalam kehidupanku. Maka Bertanya Allah Dahulu. Hidup aku akan lebih bahagia dan tenang begitu. Jadi aku jadikan Tujuh strategi BAD berdasarkan konsep berserah dan berusaha dalam kehidupan harian. Strategi BAD bermula dengan (1) Mengakui kelemahan diri, Allah Maha Pencipta, (2) Menyedari kekuasaan Allah dalam penciptaan dan pengurusan segala urusan, (3) Gunakan kekuatan dalam-tawakkal, jangan guna otak, (4) Allah itu Tuhan, senantiasalah berbicara denganNYA secara formal atau tidak formal, (5) Jangan terlalu scripted diketika berdialog tapi perlu spesifik, (6) Jangan buat depan manusia ketika dikhalayak ramai, memadai berdialog dengan Allah dalam hati, dan akhir sekali, (7) Kenali anugerah Allah supaya aku yakin dengan janji Allah benar dan pasti ditetapiNYA.

Aku lebih bahagia dan tenang kerana aku tahu segala kebutuhanku datang dari Penciptaku, Allah Al-Alim (Maha Mengetahui) bila mana ku perlukan sesuatu,  Allah Al-Muqit (Maha Pemberi Kecukupanku) banyak mana yang kuperlukan, Allah Al-Wahhab (Maha Pemberi Kurnia), Allah Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezky). Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang aku suka dan yang terbaik untuk ku. الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

IMG_0084

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s