Ingin Sukses?

Mukaddimah:  Semua manusia ingin sukses dalam kehidupan. Tapi tidak ramai yang tahu bagaimana. Ini adalah pesanan ringkas Ustad Mansur. Sekiranya anda telah membaca post saya terdahulu tentang konsep BAD hasil penulis Insyirah, ia adalah lebih kurang sama. Cuma, olahan Ustad Mansur ini adalah secara lisan dan pendek. Perbezaan yang nyata di antara pesanan beliau dengan penulisan BAD adalah penulisnya telah mengolahkan konsep BAD secara terperinci berselitkan pengalaman-pengalama beliau sendiri.

Konsep Kehidupan BerTuhan: Konsep BAD bermula daripada pesanan Ustad Mansur. Mari kita lihat nasihat Ustad Mansur yang mengenalpasti empat pesanan penting berkaitan konsep kehidupan bertuhan :

  1. Senantiasa menghubungkan diri dengan Allah swt
  2. Menyelaraskan rencana kita dengan rencana Allah swt
  3. Bertanya Allah segala usaha yang tepat dalama merancang
  4. Berusahalah sedaya upaya dari pengetahuan terbimbing mengelakkan sia-sia dalam kehidupan

Kesimpulan Sekiranyan saya ingin berjaya dunya akhirah, saya perlu tekah meneruskan kehidupan bersama-sama Allah secara istiqamah dalam segenap aspeks pembelajaran kehidupan, baik yang buruk dan yang baik.

 

IMG_3835
Supaya energi dan usaha tidak sia-sia, carilah Allah dalam setiap langkah kehidupan. InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja
Advertisements

Air Sumber Kejadian Haiwan

Semua kejadian makluk, khususnya haiwan adalah dari air. Allah menciptakan haiwan ini dalam pelbagai bentuk khususnya kepada anggota kaki untuk pergerakan mereka.

Ini merujuk kepada Surah An Nuur ayat 45:

Dan Allah menciptakan semua jenis haiwan, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya, dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-NYA, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

7:00 pm, December 8, 2016, AisyaUmaira is writing her Discussions.

Title in English: Animals Creation from Water

Text in English: Animals are created from water. God creates them in many forms. Particularly, on the designs for their legs that define their movements.

 

Bertanya Allah Dulu

Pengenalan

Catatan ini mengandungi ringkasan dari ebook bertajuk ‘ BAD ‘ version 2 dari pengarang muda bernama Insyirah Azhar. BAD ini singkatan untuk ‘Bertanya Allah Dulu’.  Konsep amalan BAD ini dikatakan selari dengan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu berserah dan berusaha. Segala perbuatan hambaAllah perlu bermula-, berjalan- dan tamat dengan perkaitannya dengan Allah. Jadi mesti peka dengan bagaimana Allah memberi anugerah dan pertolonganNYA. Insyirah telah juga mengeluarkan ‘BAD’ version 3. Pengisiannya lebih detail berbanding version 2 ini.

JOM Praktikkan “Bertanya Allah Dulu”

Aku berminat mempraktikkan TUJUH teknik ‘Bertanya Allah Dulu’, semoga Allah permudahkan :

1. Mengakui kelemahan diri

Langkah pertama ini, mengingatkan aku yang aku ini mampu dan kuat mengharungi segala dugaan hanya semata-mata kerana Allah Azawajalla. Segala-galanya milik Allah termasuklah diriku insan yang kerdil ini. Untuk lakukan ini aku perlu buang ego dalam diri apabila meminta dengan Allah.

2. Menyedari kekuasaan Allah

Penciptaan aku ini hanya insan kerdil berbanding dengan betapa mega besarnyalah penciptaan alam semesta yang Allah Maha Pencipta. Selain daripada kekerdilan kejadian insan, aku juga perlu ingat bahawa permasalahan yang aku alami tidak terbanding kecilnya dengan masalah dalam alam cerakawala sana.

3. Gunakan kekuatan dalaman, Jangan guna otak!

Keberkesanan teknik BAD ini tertakluk kepada  100% keyakinan hatiku pada Allah Azawajalla. Tawakkulku yang tinggi pada Allah adalah syarat wajib strategy Bertanya Allah Dulu ada.  Penggunaan logik akal/otak di larang sama sekali, kerana ini melemahkan keyakinan hatiku kepada Allah.

4. Allah itu Tuhan, Senantiasalah berbicara denganNYA

Allah mestilah tempat pertama aku memohon pertolongan. Wajib. Kalau tidak aku syirik apabila memohon pertolongan pada selain Allah. Caranya dengan berdialoglah dengan Allah Maha Penciptaku setiap masa. Aku boleh berdialog dengan Maha Penciptaku secara formal dan tidak formal.

Kaedah formal adalah berdoa selepas solat. Dikala mengadap kiblat, aku menadah tangan menitip doa atau berdialog dengan  Allah dengan hati yang merendah diri dan suara yang lembut.

Berdialog secara tidak formal pula adalah berdialog dengan Allah di luar solat. Boleh dilakukan bila-bila masa, di mana sahaja dan membuat keputusan apa sahaja, dari sekecil-kecilnya hinggalah ke keputusan yang besar-besar. Yang pasti keseluruhan tindakan aku pada keseluruhan hari ku itu mesti bersama Allah.

Bagi kedua-dua kaedah berdialog perlu mematuhi beberapa adap. Pertamanya, hatiku merendah diri dan suaraku mesti lembut. Keduanya, mestilah mulakan dan menutup doa dengan memuji Allah dan selawat.Ketiganya, keyakinan atau kekuatan dalaman mestilah tinggi.

Apakah itu kekuatan dalaman? Kekuatan dalam adalah keyakinan secara total atau 100% disandarkan urusan segalanya pada Allah Azawajalla. Dengan kemantapan kekuatan dalaman hasilnya lebih tepat, cepat dan menjangkui batasan akal dan pemikiran, InsyaAllah. Aku perasan element ini adalah huraian seperti langkah #3 diatas.

Dalam ebook B.A.D. Insyarah Azhar mengariskan langkah ini sebagai “Anggap Allah sebagai sahabat”. Tapi aku merasa malu pada Allah dan berat hati untuk menggunakan nama strategi itu dengan nama ini, jadi ku adaptasikan kepada “Allah itu Tuhan, Senantiasalah berbicara denganNYA”. Perincian langkah ini sama seperti mana digariskan oleh Insyarah Azhar.

5. Jangan terlalu scripted, tapi perlu spesifik

Allah itu Maha Pendengar dan Maha Pemakbul Doa, lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Jadi maksud strategi ini, luahkan permintaaku segalanya kepada Allah. Bukankah Allah itulah pemberi rezky kepada semua makhluk melata penciptaannya samada di langit, di perantaan dan di bumi? Tidak kira apa sahaja yang aku mahu. Tapi satu syarat yang ketat, mesti memohon dengan spesifik.

6. Jangan buat depan manusia

Ketika aku dikhalayak ramai, berdialog dengan Allah dalam hatiku sahaja. Insyarah berpesan begini supaya manusia disekitar kita tidak menuduh kita gila berdialog keseorangan! Jadi aku boleh teruskan berdialog dengan memohon dengan Allah, jangan berhenti ya!

7. Kenali anugerah Allah

Janji Allah benar dan pasti Allah menepatiNYA. Cuma janji itu ditepati berkemungkinan dalam bentuk tidak sepertimana pemikiran terhad hambaAllah seperti aku. Jadi dalam terus berdialog, aku juga perlu kenal bentuk anugerah Allah. Ini memastikan supaya aku senantiasa dalam keyakinan bahawasanya Allah Maha  Pemurah dan Maha Penganugerah. Pertolongan atau anugerah Allah dalam pelbagai bentuk, hati mata hati yang celik sahaja akan diberi rezky untuk kenal dan bersyukur atas nikmat ini. Kadang-kadang sebagai insan kerdil, aku ini lalai dan hati buta, jadi Allah hijabkan mataku dari kenal anugerahnya. Untuk mengelakkan ini terjadi, tanya Allah supaya diberi petunjuk untuk kenali anugerah Allah. Aku perlu lakukannya berulang-ulang kali dan yakin bahawa Allah akan beri petunjuk itu.

 

Kesimpulan

Kehidupanku bermula dengan Allah. Wajib. Segalanya mungkin apabila aku mengutamakan Allah dalam kehidupanku. Maka Bertanya Allah Dahulu. Hidup aku akan lebih bahagia dan tenang begitu. Jadi aku jadikan Tujuh strategi BAD berdasarkan konsep berserah dan berusaha dalam kehidupan harian. Strategi BAD bermula dengan (1) Mengakui kelemahan diri, Allah Maha Pencipta, (2) Menyedari kekuasaan Allah dalam penciptaan dan pengurusan segala urusan, (3) Gunakan kekuatan dalam-tawakkal, jangan guna otak, (4) Allah itu Tuhan, senantiasalah berbicara denganNYA secara formal atau tidak formal, (5) Jangan terlalu scripted diketika berdialog tapi perlu spesifik, (6) Jangan buat depan manusia ketika dikhalayak ramai, memadai berdialog dengan Allah dalam hati, dan akhir sekali, (7) Kenali anugerah Allah supaya aku yakin dengan janji Allah benar dan pasti ditetapiNYA.

Aku lebih bahagia dan tenang kerana aku tahu segala kebutuhanku datang dari Penciptaku, Allah Al-Alim (Maha Mengetahui) bila mana ku perlukan sesuatu,  Allah Al-Muqit (Maha Pemberi Kecukupanku) banyak mana yang kuperlukan, Allah Al-Wahhab (Maha Pemberi Kurnia), Allah Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezky). Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang aku suka dan yang terbaik untuk ku. الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

IMG_0084

 

Apa Ada Dengan Jodoh?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pagi ini pemikiranku diterjah dengan persoalan  “Apa ada dengan jodoh?” Anak-anak persoalan berkaitan dengannya pun laju aja menerpa dibenakku ini. Senak jadinya… Dalam kepalaku ini, berbaris-baris persoalan-persoalan ini tertulis semacam yang ku taipkan sekarang …

Pasangan bahagiapun tup tup tup bercerai …

Pasangan muda dan cantik pun bercerai …

Yang kaya, berpangkat, popular pun bercerai …

Yang nampak soleh dan solehah pun bercerai …

Semacam bingung otakku apabila terpikir tentang “Apa ada dengan Jodoh ini? “Apa yang membuatkan jodoh itu kekal ke akhir hayat dan ke jannah?” Jodoh itu juga adalah rezky ketentuan dari Allah Azawajalla. Jadi rezky betul lah bagi insan-insan yang dapat sampai ke destinasi benar benar penghujung yang kekal abadi.

Apa yang membuatkan jodoh manusia itu kekal ke jannah?

Banyak pembacaan yang telah ku baca dan juga pesanan ulama’ yang ku dengar tentang jodoh ini menyatakan begitu dan begini, di antaranya …

Mulakan niat untuk bernikah untuk menyempurnakan separuh dari iman …

Mulakan niat untuk bernikah untuk memperbaiki diri bersama-sama pasangan …

Pernikahan tidak digantung kepada semata-mata cinta pasangan …

Pernikahan tidak digantung kepada semata-mata materialistik …

Ada dua kata-kata hikmah yang timbul dalam benakku apabila aku terfikir tentang “Apa ada dengan Jodoh ini”. Pertama, hati manusia itu berubah sifatnya. Kedua, Jangan bertindak berdasarkan emosi. Aku cuba kupaskan kata-kata hikmah ini ya, …

Hati manusia itu berubah sifatnya

Ku masih belum bertemu jawapan untuk “Apa ada dengan Jodoh ini”. Tapi aku teringat akan pesan ulama’, bunyinya seperti begini, “hati manusia boleh berubah dengan masa, maka cinta manusia itu ada pasang surutnya”. Maka jangan sesekali memulakan sesuatu perhubungan di antara manusia (bukan hanya perkahwinan ya…) atas dasar cinta atau pengharapan pada  manusia. Sebaliknya mulakanlah dengan niat kerana Allah. Juga tanpa sebarang pengharapan kepada manusia sebaliknya letak lah pengharapan kita di tempat paling tinggi, pada Allah, Sang Maha Pencipta. Dengan itu kita tidak meletakkan perasaan cinta itu di dalam hati tapi pada Allah. Jadi bila cinta sudah beralih arah, hati kita tidak sakit, kerana cinta atau pengharapan itu berada di sisi Allah. :))))

Jangan bertindak berdasarkan emosi

Ada lagi satu kata hikmah yang aku pernah terbaca. Bunyinya hebat sekali! Tapi kalau kita tidak ada keyakinan kuat pada kebenaran dan janji Allah Azawajjala, kata hikmah ini sukar untuk diamalkan dan diambil keberkatannya. Nak tau apa kata-kata hikmah itu? Bunyinya ” Jangan bertindak dengan emosi!” Kalau sesuatu perkara itu sudah perintah Allah, laksanakan dan sempurnakan sebaik-baiknya (boleh jadi bermati-matian). Maksudnya, jangan meletakkan emosi kita untuk memimpin segala pertimbangan dan keputusan untuk kita bertindak. ” Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan bila mana emosi kita kurang stabil, seperti dalam keadaan marah, dalam keadaan cemburu, dalam keadaan celaru … Dan kita juga di suruh untuk bersabar dan bersama-samanya mendirikan solat dalam memohon pertolongan dan ilham ikhtiar serta kekuatan mental dan emosi menangani situasi tersebut. Dan paling utamanya diwajibkan untuk kita sebulat hatinya yakin akan segala tindakan yang diambil itu dari Allah dan yakin di dalam tindak tanduknya ada penyelesaiannya dan keberkatan besar di sisi Allah Azawajalla. Walau apapun pengakhirnnya daripada keputusan yang diambil. Aku tidak nafikan, sangat mencabar untuk kita laksanakan ini semua ketika minda dan emosi kita di uji Allah! Mudah-mudahan kita pasrah dan diberi pertolongan Allah untuk melaksanakannya. InsyaAllah.

” Jangan buat keputusan dengan emosi! “

Apapun pengakhirannya, hidup perlu di teruskan dalam keadaan beriman dengan Allah. Jadi amat pentinglah kita ini mempunyai jihad meneruskan kehidupan dalam iman, mati dalam iman, masuk kesyurga Allah dalam Iman. Amiin Ya Robbal Alamin. Yakinlah Perancangan Allah itu yang terbaik untuk kita. Apapun Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. La Tahzan. Jangan bersedih. Allah itu Maha Penyayang, maka tidak mungkin segala perancangannya untuk kita itu bertujuan untuk menzalimi kita. Bersangka baiklah dengan Allah, InsyaAllah semuanya di hadapan sana akan juga baik-baik sahaja.الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

IMG_2854
Apapun pergolakan kehidupan yang kita alami, kita perlu teruskan kehidupan. Semua kita datang dari Allah dan kepada Allahlah juga kita kembali. La Tahzan.

Setakat ini sahaja ku downloadkan pemikiran ku disini. Perlu ku titipkan persoalan-persoalan ku disini supaya ia tidak mengganggu proses pemikiran penulisanku yang lainnya. InsyaAllah. Alhamdulillah.

AisyaUmaira