Milikmu Ketetapan Allah

Tiada yang Allah tetapkan untuk mu akan menjadi milik orang lain. 

Alhamdulillah.

Jadi usah bimbang tentang rezkimu. Semuanya Allah sudah tentukan, sekiranya ingin perbaikinya, minta lah pada Allah. Berdoalah. Merendah diri meminta pada Allah yang SATU. Allah yang menciptakan mu. Allah yang menanugerahkan padamu rezky. Allah yang mentadbir keseluruhan kehidupan mu dan makhluk-makhluk lain dan apa sahaja yang berada dilangit dan di bumi dan di antara kedua-duanya. Janji Allah benar.

Jangan minta dari sesuatu atau seseorang selain Allah. Itu syirik. Allah Maha Penyayang dan Pengasih. Tetapi hukuman Allah itu berat. Janji Allah benar.

Kehinaan Manusia, Kemulian Allah

Sekiranya kita diuji sehingga manusia memandang hina terhadap kita,

INGAT,

Sabar. Sabar dengan mendirikan solat. Dalam solat itu kita memuji dan membesarkan Allah. Dalam solat itu kita menyerah diri pada Allah melalui ujian kehinaan itu. Dengan solat itu kita mengakui kita ini hamba Allah dan ketidakupayaan kita kecuali dengan kekuatan dan pertolongan yang Allah berikan.

Jangan putus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah. Kita juga kena ingat, susun atur kehidupan kita sudah tertulis oleh Allah Ta’ala. DIAlah Pencipta daripada penciptaan kita sehinggalah hembusan nafas kita yang terakhir. Kita ini semua dalam pentadbiran Allah. Kau, dia dan mereka semua juga dalam pentadbiran Allah Ta’ala. Tiada apapun yang kita lalui sepanjang kehidupan kita, diluar daripada pengetahuan dan pembalasan Allah Ta’ala. Semuanya dalam pentadbiran Allah.

Jadi ingat, kehinaan manusia lain terhadap kita, amat kecil berbanding dengan kemuliaan Allah terhadap kesabaran dan redha kita mengharungi ujianNYA.

Jadi sebab itu, penting untuk kita raih pandangan mulia Allah dengan setulus hati. Pandangan mulia manusia itu hanyalah semata-mata hadiah daripada redha dan rahmat Allah semata-mata.